Latar Belakang Semporna
Daerah Semporna mempunyai keluasan 442 batu persegi atau 113 412 hektar ( 282 880 ekar ) dan terbahagi kepada dua kawasan iaitu Tanah Besar Semporna dan Kawasan Pulau yang dikenali sebagai Pulau Bum-Bum dan pulau-pulau sekitarnya[1]. Menariknya mengenai Daerah Semporna dikelilingi oleh 49 buah pulau. Keindahan alam sekitar dan sebahagian pulaunya dikelilingi terumbu karang telah menjadikannya sebuah destinasi pelancongan yang terunggul di rantau ini. Daerah Semporna juga berhampiran dengan sempadan perairan antarabangsa iaitu Filipina dan Indonesia.
Merujuk maklumat dari Laman web Pejabat Daerah Semporna, Pulau Umaral (Omadal), sebuah pulau kecil di perairan Semporna merupakan titik penting sejarah Semporna. Ini kerana Pulau Omadal merupakan tempat asal suku kaum Bajau yang mendiami Semporna. Orang Bajau Pulau Omadal merupakan pelaut/nelayan yang gigih dan aktif dalam perdagangan hasil laut dan seringkali berurusan dengan lain-lain kepulauan termasuklah tanah besar Semporna. Bukti-bukti terhadap kenyataan ini dapat diperhatikan menerusi ukiran/tulisan di batu nisan dan lain-lain artifak yang jelas menandakan mereka ini beragama Islam.
Dahulunya, Semporna dikenali sebagai ‘Tong Talun’ yang bermaksud ‘Hujung Hutan’. Panglima Uddang, Panglima Sallehangni dan Panglima Sakti dari keturunan Bajau Kubang adalah orang yang bertanggungjawab menamakan Tong Talun[2]. Ketika di awal penemuan, Daerah Semporna diliputi hutan belantara, maka nama Tong Talun telah ditukar kepada Semporna sehingga kini, yang membawa maksud ‘Tempat Yang Aman atau Damai’.
Berbeza dengan pandangan pengkaji Barat yang mengatakan bahawa nama Semporna telah mula digunakan semenjak dari mula penubuhannya lagi. Dikatakan juga bahawa Semporna telah ditubuhkan sebagai sebuah tempat perdagangan dan stesyen pentadbiran Kerajaan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British pada 10 Mei 1887. Penubuhan penempatan ini telah dirasmikan oleh Gabenor Crocker yang memerintah pada masa itu. Sebelum itu, kawasan ini tidak didiami kerana kehadiran perompak-perompak laut yang ganas menimbulkan keadaan yang tidak selamat bagi penduduk tetap ( Sather 1997:51).
Bagi pandangan penulis pula, pengkaji Barat tentunya menemui dan sampai di Daerah Semporna adalah melalui pengangkutan laut. Oleh kerana pada waktu itu, aktiviti lanun dan rompakan di laut berleluasa, sudah tentulah penduduk tidak ingin mendiami kawasan pinggiran laut dan lebih memilih untuk tinggal di dalam hutan. Kawasan hutan belantara yang luas memungkinkan mereka tidak berjumpa antara satu sama lain, seterusnya membuatkan pengkaji Barat membuat kesimpulan kawasan ini tidak mempunyai penghuni. Sehingga kini pun, masih banyak kawasan hutan Daerah Semporna yang tidak diterokai. Oleh itu, penulis tidak bersetuju dengan kenyataan pengkaji Barat yang mengatakan bahawa kawasan ini tidak didiami.
Istilah Semporna dikenali di kalangan Orang Melayu, Bajau dan Sulu sebagai tempat berehat. Sememangnya penempatan baru ini telah menepati namanya. Ia telah menjadi tempat perlindungan orang-orang pelarian dari Sulu yang menentang penakhlukan Sepanyol ke atas tanah air mereka. Sekumpulan orang cina yang juga melarikan diri daripada Sulu telah tiba di Sandakan pada tahun 1887 dan mereka ini digalakkan untuk menetap di Semporna. Selain daripada itu, pihak kerajaan telah berusaha untuk menggalakkan pengembara-pengembara laut yang sebilangan besarnya suku kaum Bajau untuk menetap di kawasan persekitaran Semporna ( Peter Chay 1988: 138 ).
Menurut maklumat sejarah dan jurnal yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah, pada tahun 1945-1946 iaitu selepas zaman penjajahan Jepun, pemerintahan Daerah Semporna telah diambil semula dan ditadbir oleh Tentera Bersekutu yang terdiri daripada Negara Amerika Syarikat, England dan Australia. Pejabat Pentadbiran Tentera Bersekutu berpusat di kawasan yang digelar sebagai Rumah Merah yang juga merupakan tempat penginapan Mejar Blew, Ketua Pentadbir Tentera Bersekutu Daerah Semporna. Mejar Blew merupakan Pegawai Daerah Semporna yang pertama. Beliau mentadbir Daerah Semporna bersama-sama dengan dua (2) orang kakitangan bawahan dan salah seorang darinya ialah Datuk Panglima Abdullah bin Uddang, seorang pemimpin masyarakat bajau yang sangat berpengaruh.
Selepas pemerintahan Tentera Bersekutu, Pentadbiran Awam yang pertama telah ditubuhkan pada 1947-1949 yang dikenali sebagai Pejabat Daerah Semporna. Pada masa itu, pentadbiran daerah diketuai oleh Mr.Babrook sebagai Penolong Pegawai Daerah, manakala Datuk Panglima Abdullah bin Uddang sebagai Ketua Daerah Semporna dan Encik Iris sebagai kerani. Pusat Pentadbiran Pejabat Daerah Semporna berpusat di sebuah pejabat yang dipanggil Rumah Panjang. Pada tahun 1950, Pejabat Daerah Semporna berpindah dari Rumah Panjang ke pejabat baru yang dikenali pada masa kini sebagai Pejabat Rela. Ketika itu, ketua pentadbirannya ialah Encik Albert Watson sebagai Penolong Pegawai Daerah, dibantu oleh Encik Sakaran Dandai (mantan TYT Negeri Sabah) sebagai Ketua Daerah Semporna. Mereka juga dibantu oleh ketua kerani, penghantar surat dan seorang boatman.
Kini Daerah Semporna mempunyai pusat pentadbiran yang di tempatkan di Bangunan Urus Setia Daerah Pekan Semporna. Urusan pentadbiran diketuai oleh Pegawai Daerah, disamping Ketua-ketua Jabatan lain seperti Kuasa-kuasa Tempatan, Jabatan Persekutuan /Negeri dan Badan-badan Berkanun Persekutuan dan Negeri.
i. 13 buah Jabatan Persekutuan
ii. 15 buah Jabatan Negeri
iii. 8 buah Badan Berkanun Negeri dan Persekutuan
iv. Sebuah Kuasa Tempatan
v. 3 buah syarikat swasta
Daerah Semporna mempunyai 11 Kawasan Mukim dan 117 buah kampung. Secara umum, kampung dapat dilihat pada 3 kawasan berikut;
i. Tanah Besar - 60 buah kampung
ii. Pulau Bum-Bum - 33 buah kampung
iii. Kepulauan - 24 buah kampung
Senarai mukim dan kampung yang terdapat di Daerah Semporna
Mukim | Nama kampung |
1. Mukim pulau | i. Kampung Bait ii. Kampung Pababag iii. Kampung Silawa iv. Kampung Melanta Silawa v. Kampung Larapan Tengah vi. Kampung Selakan vii. Kampung Tandoan viii. Kampung Sumandi |
2. Mukim Bum-Bum Utara | i. Kampung Balimbang ii. Kampung Samal-Samal iii. Kampung Berjasa iv. Kampung Tanjung Baru v. Kampung Tundun Look vi. Kampung Look Buton vii. Kampung Gelam-Gelam viii. Kampung Seloka Empat ix. Kampung Tangal x. Kampung Labuan Haji |
3. Mukim Sisipan | i. Kampung Sisipan ii. Kampung Kabimbangan iii. Kampung Look Sisarah iv. Kampung Nusalalong v. Kampung Egang-Egang Melanu vi. Kampung Egang-Egang Lama vii. Kampung Look Melalom |
4. Mukim Bum-Bum Selatan | i. Kampung Bum-Bum ii. Kampung Tundun iii. Kampung Bum-Bum Telok iv. Kampung Pantau-Pantau v. Kampung Omadal Hujung vi. Kampung Omadal Selatan vii. Kampung Omadal Utara viii. Kampung Omadal Tengah ix. Kampung Gusung Melanta x. Kampung Ambo-Ambo xi. Kampung Labusai xii. Kampung Tabak-Tabak |
5. Mukim Sulabayan | i. Kampung Sulabayan ii. Kampung Tabunan iii. Kampung Kubang iv. Kampung Terusan Baru v. Kampung Terusan Tengah vi. Kampung Terusan Tengah Lama vii. Kampung Look Ibah viii. Kampung Terusan Laut ix. Kampung Terusan Payung-Payung x. Kampung Terusan Look |
6. Mukim Denawan | i. Kampung Pulau Dinawan ii. Kampung Hampalan iii. Kampung Hampalan Laut iv. Kampung Hampalan Singgamata v. Kampung Hampalan Baru vi. Kampung Hampalan Asal vii. Kampung Muslim viii. Kampung Tongkalloh Darat ix. Kampung Tongkalloh Laut |
7. Mukim Semporna Bandar 1 | i. Kampung Bangau-Bangau ii. Pekan Semporna iii. Kampung Rahman iv. Kampung Kelias v. Kampung Panji vi. Kampung Panji Hujung vii. Kampung Air viii. Kampung Air Jalan Masjid ix. Kampung Air Jalan Hospital x. Kampung Ubian xi. Kampung Bangau-Bangau Hujung |
8. Mukim Semporna Bandar 2 | i. Kampung Simunul ii. Kampung Simunul Tengah iii. Kampung Simunul Dap-Dap iv. Kampung Sri Jaya v. Kampung Sri Aman vi. Kampung Muhibbah, Bubul Batu 2 vii. Kampung Perigi viii. Kampung Tepian Bakau ix. Kampung Andong x. Kampung Larapan Tengah xi. Kampung Hujung Airport xii. Kampung Bubul Laut |
9. Mukim Tampi-Tampi | i. Kampung Tampi-Tampi ii. Kampung Tampi-Tampi Timbayan iii. Kampung Tampi-Tampi Darat iv. Kampung Sum-Sum v. Kampung Kabogan vi. Kampung Selinggit vii. Kampung Salimbangun viii. Kampung Bulingisan ix. Kampung Senallang Lama |
10. Mukim Tagasan | i. Kampung Tagasan ii. Kampung Bantayan iii. Kampung Tagasan Baru iv. Kampung Senallang v. Kampung Senallang Tengah vi. Kampung Senallang Hujung vii. Kampung Senallang Laut viii. Kampung Kubang Baru ix. Kampung Kubang Pinang x. Kampung Ungkaraya xi. Kampung Bukit Lalang Laut xii. Kampung Pegagau Baru xiii. Kampung Bukit Lalang xiv. Kampung Tarapuli |
11. Mukim Pegagau | i. Kampung Menteritip ii. Kampung Menteritip Hujung iii. Kampung Senang Hati iv. Kampung Kuala Bibang v. Kampung Pekalangan vi. Kampung Pokas vii. Kampung Menampilik viii. Kampung Aman Jaya ix. Kampung Pulau Mabul |
Masyarakat bajau mendominasi penduduk di Daerah Semporna. Menurut bancian 2010 penduduk Daerah Semporna adalah seramai 140 400 orang. 71 000 orang daripadanya adalah bangsa Bajau[3]. Seperti dinyatakan oleh Yap Beng Liang ( 1977:126 ) orang Bajau merupakan golongan penduduk asli yang kedua besarnya di Sabah, kebanyakannya terdapat di Bahagian Pantai Barat dan Timur Sabah. Apa yang menarik, meskipun kedengaran bangsa bajau adalah sama namun mempunyai perbezaan bahasa loghat, dialek juga budaya di antara masyarakat Bajau Pantai Barat dan Pantai Timur. Lebih menarik lagi, di Daerah Semporna meski didominasi oleh masyarakat bajau, namun masyarakat bajau juga terdiri daripada pelbagai etnik.
Menurut Mohd Azareen Aminullah ( 2008 : 21 ) masyarakat Bajau Semporna dibahagikan kepada 6 kelompok iaitu;
1. Bajau Kuvang atau Kubang
Kelompok Bajau ini dipercayai sebagai kumpulan Bajau pertama yang datang ke Daerah Semporna dan tidak lagi mempunyai ciri dan pertalian dengan Bajau Kepulauan Sulu.
2. Bajau Sama ( Samal )
Kelompok Bajau ini terdiri daripada suku Bajau yang masih dapat dipastikan pertalian mereka dengan kelompok Bajau yang terdapat di Kepulauan Sulu. Ia juga termasuk dalam kelompok Bajau yang berdarah suluk.
3. Bajau Simunul
Kelompok Bajau ini adalah kelompok yang berasal dari selatan kepulauan Sulu dan datang ke daerah Semporna semasa pemerintahan British.
4. Bajau Sikuvang
Kelompok Bajau ini juga berasal dari Kepulauan Sulu. Kedatangan mereka ke Semporna serentak dengan Bajau Simunul.
5. Bajau Sibutu
Berasal dari Pulau Sibutu di selatan Kepulauan Sulu dan datang serentak dengan Bajau Simunul dan Sikuvang.
6. Bajau Filipin
Dikenali dengan Bajau Samal. Mereka bermastautin di Kepulauan Sulu tetapi telah berhijrah ke Daerah Semporna selepas Sabah memasuki Malaysia. Perpindahan mereka berlaku terutama sekitar tahun 1970.
Bagi pandangan penulis, sekiranya bajau Filipin juga dikenali sebagai Bajau Samal mengapa perlu Bajau Samal kategorikan kepada kelompok kedua? Penulis juga tidak berpuas hati kepada kelompok yang ke empat iaitu Bajau Sikuvang, sekiranya dirujuk kepada tempat iaitu kepulauan Sulu nama sebenarnya adalah Sikubung. Oleh itu, nama yang sesuai adalah Bajau Sikubung. Menurut penulis pula, Bajau Filipin tidak perlu dimasukkan dalam etnik Bajau di daerah Semporna kerana Bajau Simunul, Bajau Sikubung dan Bajau Sibutu’ adalah berasal dari Filipina seperti yang diterangkan pada pernyataan di atas. Berdasarkan perbincangan di atas, penulis membuat kesimpulan bahawa masyarakat Bajau di Daerah Semporna boleh dikategorikan kepada beberapa etnik iaitu;
i. Bajau Kubang
ii. Bajau Simunul
iii. Bajau Sikubung
iv. Bajau Sibutu’
v. Bajau Ubian
vi. Bajau Laut
14 comments:
assalam mualaikum..terima kasih kerana memaparkan keunikan kaum bajau di semporna.
Salam,
Terima kasih atas ulasan yang menarik dan lengkap untuk pengetahuan umum masyarakat malaysia...Congrat for your effort...tumbs up..:)
Soal baju d semporna nh bnyk lg merlu d masukan contoh....datuk panglima jakarullah adalah bajau bandaran.....dan bajau bandara penulis tidak masukan....sy tambah...bajau balimbing...bajau bato2 ..bajau tabawan....
Salam, info yg salah, sebenarnya tiada pertalian darah antara bajau samal dgn suluk, klu sesama bajau barula ada pertalian darah.penulis tolong jangan sampaikan info yg salah.kaji selidik sejarah dahulu, jangan hanya tahu menulis membabi buta.
Samal (Samah) dengan suluk lain lah...Bajau samal menggelar diri mereka "Samah" Ata'u Ka Hilling samaH? Sebaliknya Suluk Menggelar Diri mereka "Tausug" Maingat Kau mag sinug?....
Samal (Bajau) sebahagian daripada sub-etnik dalam rumpun Bajau dan bukan berdarah Suluk (Tausug). Sila baca buku Adrian Lapian: 2009, rujuk juga James Warren: 1971. Untuk pengetahuan saudari/sudara, di Semporna, sub-etnik Bajau bukan hanya terdiri daripada 6, tetapi dianggarkan sehingga 15 pecahan. Perlu ada pengkajian dan penelitian secara terperini. rujuk juga buku-buku Saidatul Nornis, Gusni Sat dan Asmah Ismail..
mcam mna dengan sumbnagan suku kaum bajau?
mcam mna dengan sumbnagan suku kaum bajau?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Sya sebagai anak jati bajau Semporna minta tolong supaya jangan putarbelitkan fakta sejarah bajau Semporna
Assalamualaikum..sy sebagai anak watan bajau meminta jgn memutar belitkan kaum bajau yg pertama berada dibumi semporna atau nama dulu nya tong talun..lihat sejara bajau yg mulanya disemporna dan membuka pekan semporna
SILA CHECK KELUARGA AL SARAHARI DI SEMPORNA munkin membantu anda untuk kenal BAJAU SEMPORNA ...
BAJAU SEMPORNA ADALAH BANGSA POROL di DAERAH itu yang telah WUJUD sebelum BAJAU BAJAU anda sebut.... TO BE BELIEVE soal ini , ANDA kena tengoh REKOD ,CATITAN , PEMILIK PULAU PULAU , suku mereka sebenarnya BAJAU BAJAU tapi MEREKA adalah SUKU ASLI dari semporna sebelum KUBANG DATANG DARI SELATAN, SEBELUMA BAJAU DATANG , SEBELUM SULUK DATANG dari UTARA ..... saya minat sejarahsemporna dan terus buat kajian ....
Bajau Semporna sbnrNya x wujud..istilah Bajau semporna hnya wujud bila mna kemasukan be ramai2 bajau serumpun dri filipina.bila mereka mula bertapak di tonglaun yg terdiri drpd bajau ubian,simunul,bangingi,bannaran.bajau yg dtg dri luar ini mewujudkn istilah bajau bajau semporna utk memudahkn panggilan sbb di semporna bnyk jenis bajau yg telah ber campur baur dgn bajau dri filipina di tambah lg atas faktor perkhawinan campur.bajau porol di semporna adalah berasal dri pulau2 sekitar semporna.semisalnya di pulau umaral.sbb dahulunya tongtalun yg mna tmpt bandar semporna skrg ini adalah dri drpd hutan tebal.kemasukan rumpun bajau dri filipina dn tausug hnya apabila semporna di wujud kn oleh penjajah.di tongtalun sekitar pulau2 dahulu bajau ialah bajau.tp bila mna kedatangan be ramai2 rumpun bajau yg lain dri filipina baru lh bajau di umaral dn sekitar tongtalun mewujudkn satu nama bajau yg di panggil bajau kubang yg bermksud BERKUMPUL.Sbb apa mereka mewujud kn istilah ini ialah d sbb kn mereka xnk d klasifikasikn sama spt bajau yg lain.kerana mereka menganggap bahawa bajau selain mereka adalah bajau yg bkn porol dri tongtalun.sya telah jalan kn satu kajian d semporna sekitar tahun 2014 yg lalu,hmpir keseluruhan bajau semporna tdk mengetahui kewujudan bajau kubang.kerana istilah bajau semporna kini lebih dominan berbanding bajau kubang.dn kebnaykan org yg mengaku bajau semporna ialah yg hnya terdiri dri bajau ubian,simunul,bangngi,.jarang skli yg mengaku bajau kubang..sbb apa,sbb mereka xtau sejarah dn d sbb kn mereka adalah anak2 generasi yg dtg dri filipina.dn pada hemat sya is very simple,nk tau dia bajau porol dri tongtalun senang je nk tau..klu dia xtau kewujudan bajau kubang,cnfirm dia dtg dri generasi rumpun bajau yg dtg dri filipina
susah untuk kenal siapa bajau semporna,sebab semua akan menuntut sebagai asal bajau dari semporna
Di kubur bukan pertanyaan malaikat, apa bajau mu?
Post a Comment